I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Friday, October 23, 2009

SENYUM..... SENYUMLAH!

Adakah sukar untuk kita menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawan atau sesiapa yang kita kenal? Sebenarnya bukan sukar untuk kita menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri yang menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Alangkah manisnya kalau kita senyum dan ia akan menjadikan orang di sekeliling suka kepada kita.

Senyuman itu adalah ciptaan indah dari Allah SWT. Malah, dengan senyuman juga senantiasa menghiasi wajah Nabi Muhammad SAW. Dengan senyuman dan keramahan baginda, telah banyak membantu mencapai kejayaan dalam menyebarkan dakwah.

Amru bin Ash r.a. meriwayatkan: "Rasulullah SAW selalu menghadapkan wajah dan bersikap ramah, bahkan kepada orang-orang yang berperilaku paling buruk. Tujuan beliau untuk menarik hati mereka. Beliau juga menghadapkan wajah dan bersikap ramah kepada saya hingga saya berasa menjadi orang terbaik bagi beliau. Maka saya bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik, saya atau Abu Bakar?" Baginda menjawab, "Abu Bakar." Kemudian saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik, saya atau Umar?" Baginda menjawab, "Umar". Saya bertanya lagi. "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik, saya atau Uthman?" Baginda menjawab, "Uthman." Saya tahu Rasulullah SAW menjawab pertanyaan saya dengan jujur. Maka, sungguh saya menyesal telah menanyakannya." (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan baginda dicintai dan disegani semua lapisan masyarakat tidak kira kawan mahupun musuh. Hal ini telah diceritakan oleh para sahabat yang menjadi saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman baginda SAW ialah Sayidina Umar. Kata Sayidina Umar, "Rasulullah SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya." (Riwayat Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin al-Haris menyatakan, "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat at-Tirmizi)

Justeru, kita sebagai umatnya, sewajarnya mencontohi dan menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan. Pada masa yang sama juga, kita dapat menilai dan melihat hikmah di sebaliknya. Jadi senyumlah kerana senyuman juga merupakan satu sedekah dan ia tidak pernah mengurangkan rezeki. Malah, dengan senyuman juga hati kita akan berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain.

No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM