I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-52

Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan.

Dalam konteks kemerdekaan negara ini, ia dicapai melalui cara yang berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara paling unik yang membezakan Malaysia dan negara-negara lain dalam perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari cengkaman penjajah yang sentiasa menjadi petualang demi untuk kepentingan mereka.

Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah.

Kemudian dengan bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu pada 1874, ini mula menimbulkan kebencian terhadap penjajah yang akhirnya mendorong orang Melayu untuk bangkit menentang British.

Nama-nama seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Haji Abdul Rahman Limbung dan Mat Salleh di Sabah, hanya menyebut beberapa nama merupakan antara tokoh pejuang awal yang sanggup mengorbankan diri demi memperjuangkan kebebasan dengan menghalau penjajah. Walaupun penentangan yang dilakukan ini tidak memperoleh apa-apa kemenangan tetapi semangat perjuangan inilah yang telah memercikkan api nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan.

Dan akhirnya setelah berbagai-bagai rintangan yang dihadapi, akhirnya pada tarikh 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Laungan
"merdeka" yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaung dan dikongsi bersama di seluruh negara.

Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.





MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sunday, August 30, 2009

KHASIAT KURMA


Dalam bulan Ramadan ini, makanan yang aku suka makan dah tentulah salah satunya buah kurma. Tak sah kalau xde kurma ni....rupa-rupanya banyak khasiat buah kurma ni...

KURMA ialah sejenis buah yang mempunyai banyak kelebihan. Dengan memakan sebiji kurma seseorang akan mendatangkan kecergasan segera, lebih-lebih lagi pada bulan puasa umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis.

KURMA merupakan sejenis tumbuhan palma atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dari segi saintifik, kurma mengandungi serat yang tinggi, kaya kalsium, potasium, zat folat, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol dan berupaya mencegah beberapa penyakit serius seperti jantung, strok dan barah.

HARAPAN RAMADAN

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadan
berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmat-Mu oh
Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday, August 28, 2009

KATA-KATA BUAT RENUNGAN.....

APABILA KEBAIKAN ITU TERLEPAS DARI DIRIMU, MAKA KEJARLAH IA, DAN APABILA ENGKAU TEMUKAN KEBURUKAN, MAKA TINGGALKANLAH IA.

TIPS MENYELESAIKAN MASALAH

Tips yang anda boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah:

1. Kenalpasti apakah masalah anda yang sebenarnya
Apabila saya katakan kenalpasti, anda kena benar-benar mengetahui apakah sebenarnya
masalah yang dihadapi itu dan bagaimanakah ia boleh menyebabkan anda merasakan anda
bermasalah.

2. Kenalpasti apakah yang menyebabkan masalah itu timbul
Misalnya jika anda berasa tidak tenteram secara tidak semena-mena, fikirkan apa yang anda
lalui sepanjang hari itu dan apakah sebenarnya yang menyebabkan anda tidak tenteram.

3. Rangka kesemua jalan penyelesaian
Fikirkan kesemua penyelesaian yang munasabah.

4. Kenalpasti jalan penyelesaian yang terbaik
Harus diingat, ketika mengambil keputusan kepada jalan penyelesaian yang terbaik, anda
tidak harus bersikap prejudis. Anda perlu adil dalam menimbang dan menerima semua
cadangan penyelesaian yang timbul. Misalnya, jangan kerana Rizal sering berpakaian
selekeh, minda anda terpengaruh untuk menolak ideanya. Dan kerana Ramlah agak jelita,
anda menerima pandangannya walaupun tidak begitu bernas.

5. Pilih jalan penyelesaian yang terbaik dengan conscious mind

6. Yakin dengan keputusan anda, orak langkah, iringi dengan doa dan tawakal
Yakinlah dengan keputusan anda, bahawa ia adalah yang terbaik. Anda telah melakukan apa
yang sepatutnya untuk mencari jalan penyelesaian. Bahkan kaedah yang anda lakukan ini
adalah kaedah saintifik meniti di atas bukti-bukti ketepatan.

Sunday, August 23, 2009

AMALAN MULIA PADA BULAN RAMADAN

Ramadan adalah bulan mulia dan bulan pengampunan. Antara amalan mulia yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan agar dapat menambah lagi pahala puasa kita ialah:
  1. Puasa adalah amalan terpenting sepanjang bulan Ramadan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183-187.
  2. Tilawah al-Quran iaitu Allah SWT berfirman:"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Sad:29)
  3. Memberi makan dan sedekah. Rasulullah SAW memberikan makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut." (Riwayat Tirmidzi dan an-Nasa'i)
  4. Zakat fitrah. Pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, amalan yang disunatkan oleh Rasulullah SAW ialah membayar zakat fitrah, suatu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, baik dewasa mahupun kanak-kanak. Zakat fitrah ini berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk orang yang berpuasa dan membantu fakir miskin.
  5. Iktikaf iaitu berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Abu Said al-Khudri r.a. berkata, beliau pernah melihat Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada awal Ramadan, pertengahan Ramadan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
  6. Umrah juga elok dilaksanakan pada bulan Ramadan, kerana nilainya berlipat ganda, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada seorang wanita dari Ansar bernama Ummu Sinan: "Agar apabila datang bulan Ramadan ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW." (Riwayat Bukhari Muslim)
  7. Ramadan bulan taubat. Sebagai hamba-Nya sudah tentu kita mengharapkan keampunan dari-Nya. Kita bermunajat memohon taubat atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah dan Maha Pengampun.
  8. Lailatul-qadar iaitu malam yang lebih berharga dari seribu bulan. Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (al-Qadr: 1-5) Dalam hal ini Rasulullah menyatakan: "Sesiapa yang solat pada malam Lailatulqadar berdasarkan iman dan ihtisab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari Muslim)

RAMADHAN DALAM MERDEKA


Assalamualaikum......

Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Bulan Ramadhan adalah bulan mendidik jiwa, mentarbiah diri menjadi hamba yang takut dan bertakwa kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah SWT: "....Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepadamu mengerjakan puasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, supaya kamu terpelihara (dari kejahatan)." (al-Baqarah:183)

Malah, dalam bulan yang sama kita menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-52. Justeru, mari sama-sama kita memerdekakan diri sendiri dari segala perkara yang dilarang oleh-Nya. Rebutlah peluang untuk memohon ampun dan taubat dari Allah SWT agar dibersihkan diri dari segala dosa. Semoga Ramadan yang sedang dijalani dapat mendidik jiwa kita menjadi tabah dan sabar di samping merasai kemanisan dan rahmat-Nya.

Thursday, August 20, 2009

HARI TERAKHIR BERSAMA MURID SBT




Hari ini 20 Ogos 2009 adalah hari terakhir mengajar murid-murid kelas Tahun 4 Skim Bantuan Tuisyen.......Tamatlah sudah 36 jam mengajar SBT ni....duit je belum habis dituntut lagi....hehehhehehe....Tahun depan pula mengajar SBT lagi itupun kalau ada rezeki dan panjang umur....

LAWATAN PENANDA ARAS KE STAR IPOH

LANGKAH BERKOMUNIKASI DENGAN MINDA

Cara-cara untuk berkomunikasi dengan minda:
  1. Setkan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita anda atau tekankan di dalam minda apa yang anda mahu.
  2. Lahirkan satu pelan berdasarkan ilmu yang anda ada.
  3. Cetuskan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita dalam hati dan pindahkan ia ke 'conscious mind'.
  4. Jangan biarkan anda diganggu kerisauan, ketakutan dan kegusaran. Berikan kepercayaan penuh kepada 'conscious mind' bahawa ia berhubung dengan 'subconscious mind' dan yakinlah anda akan berjaya.
  5. Iringi dengan doa kemudian usahakan apa yang anda yakini betul dan akhir sekali bertawakal.

Wednesday, August 19, 2009

PROGRAM KHIDMAT SOKONGAN

TARIKH : 27 JULAI - 21 OGOS 2009
TEMPAT : SK LEKIR

Kembali ke sekolah.............Seronok sebab bertemu semula dengan rakan-rakan sekerja yang dirindui.....Namun, tak boleh seronok sangat sebab ada kerja yang perlu dibuat.......huhuhuhu......Kena buat program khidmat sokongan mengenai Program Bestari di sekolah...Banyak kerja....aduiiii pening kepala....

Inilah papan kenyataan tentang Pembestarian Sekolah

KURSUS KDP BESTARI KOHORT 2 2009

KURSUS KDP BESTARI DI IPG KAMPUS IPOH

Pada 29 Jun hingga 24 Julai 2009, saya telah mengikuti Kursus Bestari selama sebulan. Seronok mengikuti kursus ini kerana banyak ilmu tentang bestari dan ict yang saya pelajari...salah satunya buat blog nilah......Teman-teman sekursus pun sporting semuanya....


Bergambar kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan.....
Akan ku kenang detik-detik bersama mereka.....






Membuat aktiviti dan tugasan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan......Sporting semua ahli-ahli dalam kumpulan nie.........

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM