I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Sunday, August 23, 2009

AMALAN MULIA PADA BULAN RAMADAN

Ramadan adalah bulan mulia dan bulan pengampunan. Antara amalan mulia yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan agar dapat menambah lagi pahala puasa kita ialah:
  1. Puasa adalah amalan terpenting sepanjang bulan Ramadan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183-187.
  2. Tilawah al-Quran iaitu Allah SWT berfirman:"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Sad:29)
  3. Memberi makan dan sedekah. Rasulullah SAW memberikan makanan kepada orang-orang yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut." (Riwayat Tirmidzi dan an-Nasa'i)
  4. Zakat fitrah. Pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, amalan yang disunatkan oleh Rasulullah SAW ialah membayar zakat fitrah, suatu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, baik dewasa mahupun kanak-kanak. Zakat fitrah ini berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk orang yang berpuasa dan membantu fakir miskin.
  5. Iktikaf iaitu berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Abu Said al-Khudri r.a. berkata, beliau pernah melihat Rasulullah SAW melakukan iktikaf pada awal Ramadan, pertengahan Ramadan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
  6. Umrah juga elok dilaksanakan pada bulan Ramadan, kerana nilainya berlipat ganda, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada seorang wanita dari Ansar bernama Ummu Sinan: "Agar apabila datang bulan Ramadan ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW." (Riwayat Bukhari Muslim)
  7. Ramadan bulan taubat. Sebagai hamba-Nya sudah tentu kita mengharapkan keampunan dari-Nya. Kita bermunajat memohon taubat atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah dan Maha Pengampun.
  8. Lailatul-qadar iaitu malam yang lebih berharga dari seribu bulan. Firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (al-Qadr: 1-5) Dalam hal ini Rasulullah menyatakan: "Sesiapa yang solat pada malam Lailatulqadar berdasarkan iman dan ihtisab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari Muslim)

No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM