I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Friday, August 12, 2011

MENGGAMIT MEMORI PERJUANGAN


Perjuangan menentang penjajah dan keinginan membebaskan diri daripada cengkaman kolonial telah berlaku seawal pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Penentangan-penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang yang bergerak secara bersendirian mengikut negeri dan kepentingan masing-masing sehingga menyebabkan setiap kemaraan mereka berjaya dipatahkan oleh pihak Inggeris. Namun perubahan masa telah menyaksikan bahawa perjuangan menentang pihak penjajah beransur-ansur berkembang secara menyeluruh di seluruh Tanah Melayu ekoran wujudnya medium media seperti akhbar dan majalah. Akhirnya perjuangan yang bersifat setempat telah bergerak secara berkumpulan seterusnya melalui parti politik bagi membolehkan negara yang telah lama dijajah oleh pelbagai kuasa bebas bergerak sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

ERA KEBANGKITAN (1831-1915)
Bagi perjuangan yang berlaku dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20 (1831-1915), kebanyakan motif pemberontakan terhadap kuasa penjajah adalah campur tangan Inggeris dalam semua urusan negeri melalui pengenalan Sistem Residen. Sistem ini menyebabkan pembesar tempatan dan juga sultan telah hilang kuasa tradisi mereka. Antara tokoh-tokoh pejuang yang bangun menentang penjajah adalah Dol Said di Naning, Dato' Shahbandar dan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembilan, Raja Mahadi di Selangor, Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Pandak Induk/Lam, dan Seputum di Perak, Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat kilau di Pahang, dan Tok Janggut di Kelantan.

Di Terengganu pula Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh Al-Aidrus telah bangun menentang Inggeris manakala di Sarawak pula ramai pejuang bangsa muncul mengikut suku kaum seperti Rentap (Dayak Laut), Sharif Masahor, Abdul Gapur, Banting (Iban), dan Asun (Dayak). Pejuang-pejuang ini memberontak untuk menjaga kepentingan dan memelihara kehidupan tradisi kaum masing-masing. Situasi yang sama berlaku di Sabah apabila muncul Mat Salleh (Bajau) dan Antanum (Murut) yang telah memberontak pada Februari 1915. Perjuangan tokoh-tokoh di peringkat ini belum bermatlamatkan kemerdekaan tetapi bersifat setempat dan berjuang untuk kepentingan peribadi masing-masing seperti hak kutipan cukai dan hak mempunyai hamba sehingga menyebabkan setiap perjuangan mereka berjaya dipatahkan oleh Inggeris.

ERA PRA KEMERDEKAAN (1906-1938)
Dalam Era seterusnya (1906-1938) wujud faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku penentangan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Penentangan-penentangan ini boleh dibahagi mengikut tahap-tahap tertentu seperti tahap keagamaan, tahap sosiekonomi dan tahap politik. Dalam era ini perjuangan mula dipelopori oleh golongan yang berpendidikan keagamaan, Inggeris dan juga Melayu (Institut Perguruan Sultan Idris). Golongan berpendidikan ini menyebabkan perjuangan pada masa itu mula menunjukkan bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Golongan berpendidikan ini mula sedar bahawa pendudukan Inggeris di Tanah Melayu merugikan penduduk tempatan dengan segala macam campur tangan Inggeris termasuk dalam soal sosial, ekonomi dan politik.

Antara tokoh yang hebat berjuang ialah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi yang berjuang melalui Kaum Muda. Mereka menggunakan medium majalah dan akhbar seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka dan juga menyalurkan kritikan mereka kepada kerajaan Inggeris. Pejuang-pejuang ini memperjuangkan konsep Pan-Islam iaitu membebaskan Islan daripada fahaman kuno. Bagi golongan yang berpendidikan Maktab Perguruan Sultan Idris dan golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris pula, mereka berjuang untuk memulihkan sosioekonomi orang Melayu. Antara tokoh yang terlibat ialah Mohammad Eunos Abdullah, Syed Alwi, S.M Zainal Abidin dan Sheikh Abdullah Al-Maghribi. Ibrahim Hj. Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad pula memperjuangkan konsep "Tanah Melayu Untuk Orang Melayu". Antara persatuan Melayu yang kuat berjuang ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1938. Akhbar Warta Malaya dan Majlis merupakan wadah mereka menyebarkan idea perjuangan.

Monday, August 8, 2011

LIMA KEISTIMEWAAN RAMADHAN

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah swt.

2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa.

3. Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : 'Hampir-hampir hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali mu'.(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup didunia dan akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selainnya.

5. Mereka akan dapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).

Friday, July 29, 2011


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dipanjangkan umur lagi untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Seperti yang kita tahu, puasa dari segi syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa seperti makan, minum, dan sebagainya dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari yang disertai niat ibadah kepada Allah. Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan kerana pada bulan inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Sama ada kita sedar atau pun tidak, puasa dapat menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah merasai kesusahan. Ya, rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ada yang kaya-raya dan ada yang papa kedana. Ada yang makan 3-4 kali sehari dan ada yang hanya mampu menjamah nasi sekali sehari. Jadi, dengan berpuasa inilah kita berpeluang untuk sama-sama merasai kesusahan dan kepayahan orang-orang yang tidak senasib dengan kita di luar sana.

Jadi di kesempatan ini, saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada saya.

Tuesday, July 19, 2011

TIPS UNTUK CEMERLANG

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
KITA INGAT 10% APA YANG DIBACA
KITA INGAT 20% APA YANG DIDENGAR
KITA INGAT 50% APA YANG DIDENGAR DAN DILIHAT
KITA INGAT 70% APA YANG DICAKAPKAN
KITA INGAT 90% SETELAH DIPRAKTIKKAN

Jika mahu anak menjadi Luar Biasa Hebat apa kata cuba ikuti panduan ini:
1.PASTIKAN ANAK belajar secara aktif dengan pen atau pensel ditangan.

2.PASTIKAN ANAK belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari atau 20 jam seminggu(tidak termasuk kerja rumah)

3.PASTIKAN ANAK belajar dalam persekitaran kondusif
a.pastikan cahaya adalah terang
b.kurangkan gangguan bunyi
c.tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d.tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e.kerusi dan meja menghadap kiblat
f.jangan lupa untuk senyum

4.PASTIKAN ANAK tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

5.PASTIKAN ANAK mengulangkaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.

6.PASTIKAN ANAK tahu teknik merangsang memori:
a.memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b.menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c.mengingat kembali (recall)
d.menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

7.PASTIKAN ANAK sentiasa awal dan mendahului
a.persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b.murid yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
c.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

8.PASTIKAN ANAK untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar walaupun tak faham. Sekurang-kurangnya anak tahu tajuk tersebut dia tak faham.

9.PASTIKAN ANAK berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormat dan sayangi guru. Berdasarkan pemerhatian, murid yang cemerlang akan bersalam dengan guru sebelum pulang manakala murid yang lemah biasanya akan terus meluru keluar kelas. Perkara ini nampak remeh tapi impaknya tersangatlah besar.

10.PASTIKAN ANAK mempunyai teknik membaca yang betul.
a.duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
b.memberikan tumpuan sepenuhnya
c.menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d.menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11.PASTIKAN ANAK sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.Antara yang boleh ibu bapa lakukan adalah sekali sekala cuba duduk didepan anak dan tanya apa yang dia telah baca dan minta dia ulang atau terangkan.

12.PASTIKAN ANAK membaca doa penerang hati setiap kali selepas solat, sebelummengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.

13.PASTIKAN ANAK tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. Jika nampak anak terlalu letih tak perlulah memaksa atau menyindirnya pula.

14.PASTIKAN ANAK belajar mengikut waktu yang sesuai dengan dirinya.(study according to your biologicl clock)

SEMOGA INFO SEBEGINI BERMANFAAT KEPADA ANDA SEMUA........


Tuesday, July 12, 2011

SPELLING BEE

9 Julai 2011 - Telah membawa anak-anakku ke Pertandingan "Spelling Bee" peringkat markas MPL Pangkalan TLDM anjuran BAKAT. Pertandingan tersebut adalah khusus untuk anak-anak tentera yang masih bersekolah. Terdapat 4 kategori dalam pertandingan itu iaitu Kategori A (7 -9 tahun), Kategori B (10-12 tahun), Kategori C (13-15 tahun) dan Kategori D (16-17 tahun). Kedua orang anakku telah bertanding kategori A dan B. Angah Nur Amalia Izzati telah mendapat tempat ke-3 manakala along Nur Aina Izzati ......................................bukan tak mendapat tempat tetapi masih lagi belum ada keberanian untuk memasuki pertandingan yang memerlukan bercakap. Pertandingan menulis ok je.............Erm kena memikirlah kami sebagai ibu bapa bagaimana nak menangani masalah anak yang sorang nie...........





Monday, May 2, 2011

PANDUAN KESIHATAN UNTUK PELAJAR

Cara menjaga kesihatan supaya sihat dan cergas:
1. PELIHARA MATA ANDA!
  • Rehatkan mata selepas 30 minit memandang skrin komputer dengan mengalihkan pandangan ke luar rumah.
  • Urut di bahagian lesung mata jika terasa letih.
  • Hadkan penggunaan komputer.
2. PASTIKAN CUKUP TIDUR
  • Bahagikan masa untuk belajar, makan, berehat dan riadah.
  • Ulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  • Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
3. SENTIASA BERSENAM DEMI KESIHATAN ANDA
  • Bersenamlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah dari jantung ke otak, dan oksigen ke seluruh badan.
  • Bersenam meningkatkan kadar metabolisme dan mengelakkan kita daripada mengantuk dan keletihan.
4. MENIKMATI MAKANAN MENCERDASKAN OTAK
  • Selain kismis ada lebih 50 jenis makanan lain baik untuk pembinaan sel-sel otak. Antaranya madu dan ikan tuna yang membantu kita dalam proses menghafal, pengiraan, dan terpenting mencerdaskan otak.
  • Elakkan makanan ringan dan makanan segera.
  • Kurangkan memakan jeruk buah kerana makanan ini boleh melemahkan otak.

Saturday, April 30, 2011

Friday, April 8, 2011

BENGKEL ASAS PHOTOSHOP

Satu bengkel asas photoshop untuk GPB dan GICT telah diadakan di PKG Sitiawan selama 2 hari bermula pada 6 April 2011 hingga 7 April 2011. Seronok mengikuti kursus tersebut dan pada saya sebenarnya tak cukup bengkel tersebut selama 2 hari sahaja. Banyak input-input yang boleh saya gunakan untuk meningkatkan hasil mutu kerja saya. Menurut penceramah sebenarnya kena explore sendiri itu yang lebih baik. Kalau ada kursus lanjutan lagi sudah tentulah saya orang pertama yang ingin mengikutinya. Banyak yang boleh kita buat dengan mempelajari photoshop ini.......BOLEH BUAT DUIT..........heheheheh

Inilah hasil kerja saya yang bukan profesional ini masih amatur lagi...........



Wednesday, April 6, 2011

'FIRST TIME' BERPISAH......


Sayu juga hati ini nak melepaskan anak pergi ke Pulau Pangkor untukmenyertai satu Kem Pendidikan Luar pada hari ini. Walaupun hanya pergi ke sana selama 4 hari 3 malam namun inilah kali pertama berpisah. Tadi hantar dia sehingga ke jeti Lumut sahaja. Melihat diri anakku yang sulung ini gembira hendak pergi, lega sikit.....Sebelum dia naik feri dia melambaikan tangannya dari jauh maklumlah nak hantar sampai ke feri tak dibenarkan. Namun, sebagai seorang ibu, diriku mendoakan agar anakku Nur Aina Izzati selamat sampai ke Pangkor dan selamat pulang Sabtu nanti....Semoga seronok pergi ke Kem tersebut....Amin....

Wednesday, January 26, 2011

Bila menundukkan kepala.............

Bagaimana perasaan anda apabila setiap kali melalui tempat-tempat yang mempunyai security guard, mereka akan bangun, memberi hormat dengan mengangkat tangan dan menundukkan wajah tanda menghormati anda, sedangkan anda bukanlah siapa-siapa untuk dihormati sebegitu rupa.
Adakah anda berasa besar hati, bangga atau berasa dihargai? Apa pun perasaan anda ia adalah hak anda, tapi satu yang patut kita tahu adalah bagaimana untuk belajar menghormati orang lain, tidak kira siapa pun kita atau siapa pun mereka dan bagaimanapun cara menghormatinya.
Kita sudah pun diajar untuk merendahkan diri sejak daripada kita tahu bersolat lagi. Di dalam solat kita merendahkan kepala ke lantai menandakan, kehambaan kita di sisi Allah. Sekiranya kita mampu menghayati setiap pergerakan dalam solat itu dengan teliti, pasti kita tidak akan bersikap besar kepala, sombong, riak atau berasa hanya diri kita sahaja yang hebat, senpurna dan layak dihormati.
Sebagai manusia biasa, kita harus belajar melihat kelebihan dan kelemahan orang lain melalui kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Bermakna kita bukan manusia sempurna.Jadi kenapa sombong?
Sesuatu yang harus juga kita perhalusi adalah tanpa berpijak di atas bumi, kita tidak akan tahu setinggi mana langit itu, tanpa ada orang miskin, kita tidak tahu, adanya orang kaya dan tanpa adanya semut, kita tidak akan dapat menilai betapa besarnya seekor gajah. Kenapa begitu?Berfikirlah..........
Kerana itu kita belajarlah dari bawah supaya kita dapat menikmati ketinggian tanpa mendongakkan kepala. Melihat apa yang ada di bawah, akan mengingatkan kita bahawa siapa pun kita di sini, kita tetap seorang hamba di sisi-Nya. Jadi kenapa masih suburkan sifat riak di hati? Belajarlah menundukkan kepala................

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM