I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Friday, October 23, 2009

SENYUM..... SENYUMLAH!

Adakah sukar untuk kita menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawan atau sesiapa yang kita kenal? Sebenarnya bukan sukar untuk kita menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri yang menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Alangkah manisnya kalau kita senyum dan ia akan menjadikan orang di sekeliling suka kepada kita.

Senyuman itu adalah ciptaan indah dari Allah SWT. Malah, dengan senyuman juga senantiasa menghiasi wajah Nabi Muhammad SAW. Dengan senyuman dan keramahan baginda, telah banyak membantu mencapai kejayaan dalam menyebarkan dakwah.

Amru bin Ash r.a. meriwayatkan: "Rasulullah SAW selalu menghadapkan wajah dan bersikap ramah, bahkan kepada orang-orang yang berperilaku paling buruk. Tujuan beliau untuk menarik hati mereka. Beliau juga menghadapkan wajah dan bersikap ramah kepada saya hingga saya berasa menjadi orang terbaik bagi beliau. Maka saya bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik, saya atau Abu Bakar?" Baginda menjawab, "Abu Bakar." Kemudian saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik, saya atau Umar?" Baginda menjawab, "Umar". Saya bertanya lagi. "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik, saya atau Uthman?" Baginda menjawab, "Uthman." Saya tahu Rasulullah SAW menjawab pertanyaan saya dengan jujur. Maka, sungguh saya menyesal telah menanyakannya." (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan baginda dicintai dan disegani semua lapisan masyarakat tidak kira kawan mahupun musuh. Hal ini telah diceritakan oleh para sahabat yang menjadi saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman baginda SAW ialah Sayidina Umar. Kata Sayidina Umar, "Rasulullah SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya." (Riwayat Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin al-Haris menyatakan, "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat at-Tirmizi)

Justeru, kita sebagai umatnya, sewajarnya mencontohi dan menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan. Pada masa yang sama juga, kita dapat menilai dan melihat hikmah di sebaliknya. Jadi senyumlah kerana senyuman juga merupakan satu sedekah dan ia tidak pernah mengurangkan rezeki. Malah, dengan senyuman juga hati kita akan berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain.

Thursday, October 15, 2009

ADAKAH KITA HAMBA YANG BERSYUKUR?

Syukur ataupun berterima kasih adalah rasa yang wajib dimiliki oleh seorang hamba. Sifat itu yang menjadi penghubung hati dan cinta antara kita sebagai hamba dan Allah Yang Maha Mencipta.

Cuma jawab 'YA' atau 'TIDAK' bagi setiap soalan-soalan berikut:

1. Pernahkah anda panjatkan rasa syukur pada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan anda
masih diberi peluang menghirup udara ciptaan-Nya?

2. Sebagai tanda terima kasih juga, adakah anda telah menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya?

3. Apabila melihat orang kurang upaya, adakah anda bersyukur kepada Allah kerana anda
dilahirkan sempurna dan cukup sifat?

4. Pernahkah anda bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa yang mengambil berat
terhadap anda?

5. Adakah anda bangga hidup dalam keluarga yang ada sekarang walaupun hidup dalam
keadaan yang sederhana?

6. Anda tahu ibu tidak berapa sihat hari itu. Adakah anda membantu ibu sebagai tanda terima
kasih kerana telah bersusah payah menjaga anda selama ini?

7. Adakah anda menerima seadanya makanan yang ibu hidangkan walaupun sehari hanya
makan sejenis lauk sahaja?

8. Setiap kali hendak makan anda tidak lupa membaca doa sebagai tanda bersyukur dengan
rezeki yang dikurniakan?

9. Pernahkah anda berazam untuk menjadi anak yang baik dan sentiasa menggembirakan hati
kedua ibu bapa dan keluarga?


* Sekiranya jawapan banyak 'YA'.
Tahniah, anda benar-benar telah dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Justeru itu, anda bijak dalam membuat keputusan selaras mengikut jiwa anda yang murni demi untuk menjadi hamba yang benar-benar bersyukur. Tahniah!

* Sekiranya banyak jawab 'TIDAK'
Tingkatkan lagi usaha untuk mengikis sifat-sifat keji dan memiliki sifat-sifat mulia. Selain itu, anda perlu menambah ilmu agar benar-benar menghayati apa yang dimaksudkan dengan kalimah'syukur' iaitu menggunakan segala nikmat kurniaan Allah SWT untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan berbakti kepada orang lain.

Wednesday, October 7, 2009

PELUANG, DICARI ATAU DICIPTA?

"Esok, boleh tak awak tolong isikan borang cuti saya?" pinta seorang rakan. "Emmm tengoklah dulu, kalau saya rajin," menjawab dengan selamba.

Mungkin adakalanya kita tidak menyedari peluang terbentang di hadapan kita. Namun kita membiarkan peluang itu berlalu begitu sahaja. Setelah orang lain yang mengecapinya, kita akan rasa menyesal. Persoalan yang akan timbul di dalam diri kita, mengapa kita tidak mengambil peluang itu terlebih dahulu?

PELUANG UNTUK BERBUAT BAIK
Rebutlah peluang untuk berbuat baik. Terutama kepada keluarga, sahabat handai dan masyarakat. Bantulah sekiranya mampu untuk membantu. Jangan hanya mendiamkan diri. Tidak ada golongan manusia di dunia ini tidak mampu untuk membantu manusia lain kerana sekecil-kecil bantuan adalah doa. Doa mampu untuk dilakukan oleh kita semua. Tidak ada alasan. Jadi mengapa tidak mengambil peluang ini. Berbuat baik sesama manusia.

"Hang ni pasai apa apa, duk sms aku tanya ok ka dak, sihak ka dak. Hang tak payahlah nak ambik tahu keluarga aku. Aku bosanlah!" angkuhnya jawapan.

Janganlah disalah sangka mereka yang berbuat baik pada kita. Sepatutnya kita bersyukur kerana masih ada yang ingin bertanyakan khabar. Bukankah itu petanda masih ada yang mengingati kita? Bila ada kebaikan yang datang menghampiri, janganlah kita menolak ke tepi. Dekatilah ia agar kita juga akan terkena tempiasnya. Ibarat orang yang memberi salam itu sunat tapi menjawab salam itu wajib.

Monday, October 5, 2009

SEMINGGU SELEPAS 'ACCIDENT'



Tarikh 28 September 2009 yang takkan kulupakan.....Berlaku kemalangan keatas diriku sewaktu hendak masuk ke kawasan sekolah selepas pulang dari klinik. Terperanjat sungguh dan aku masih lagi tertanya-tanya macam mana boleh 'accident'...Tapi aku redha semuanya kehendak Allah s.w.t. dan ada hikmah disebaliknya..Seminggu aku cuti sakit dan seminggu jugalah aku tak bawa kereta...Baru hari ini aku bawa kereta semula pergi ke sekolah....Alhamdulillah...aku selamat dan boleh lagi bawa kereta...Tak fobialah kata orang......Tapi sedih juga kerana kereta baru yang baru keluar sebelum raya sudah dilanggar orang dan lagi 3 bulan baru dapat balik.......

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM