I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Friday, April 27, 2012

MENGHARGAI IBU BAPA



Menghargai memberi maksud menghormati atau memuliakan seseorang. Malah kita cuba mencontohi perilaku baiknya dan sentiasa ingat akan pengorbanan seseorang serta berniat untuk membalasnya. Menghargai bukanlah sesuatu yang boleh nampak tetapi sesuatu yang lahir dari hati mereka dan terpancar melalui tingkah laku kita. Jadi marilah kita menghargai kedua ibu bapa kita. Caranya ialah dengan:

TERIMA KASIH
Sentiasa ucapkan terima kasih kepada ibu bapa. Pasti mereka gembira apabila menerima ucapan tersebut dan akan rasa lebih dihargai.

BERI HADIAH
Meskipun mereka tidak mengharapkan hadiah, tetapi apa salahnya kalau kita berikan sahaja. Ia untuk membuktikan betapa kita menghargai mereka.

MANISKAN MUKA
Sentiasa bermanis muka di hadapan ibu bapa walaupun ketika itu mood kita tidak elok. Ini bukan sahaja kita mendapat pahala kerana menjaga hati mereka malah ini membuktikan kita mampu menjadi yang terbaik kepada mereka.

MEMBANTU
Tidak kira berat ataupun tidak, bantulah ringankan beban mereka. Meskipun hanya membantu memotong sayur itu sudah memadai. Janganlah hanya mengharapkan ibu melakukan semua kerja dirumah.

DENGAR NASIHAT
Mendengar nasihat dan perintah ibu bapa selagi ianya tidak melanggar syariat agama. Justeru, turutilah perintahnya dengan hati yang terbuka. Lagipun nasihat mereka sebenarnya hendak menjadikan kita insan yang berguna.

JAGA HATI
Allah SWT berfirman dalam surah al-isra' ayat 23-24 supaya kita menjaga hati dan perasaan ibu bapa. Malah Allah melarang kita dari berkata eh kepada mereka. Justeru, kita sebagai anak hendaklah sentiasa menjaga dan mengelak dari melakukan perbuatan yang menyakiti hati mereka.

JAUHI DERHAKA
Derhaka bererti kita sudah hilang rasa hormat kepada kedua orang tua kita. Derhaka menandakan kita juga tidak patuh arahan Allah SWT. Tempat orang derhaka adalah api neraka.

Monday, April 16, 2012

KURSUS PEMBINAAN BLOG

Unit ICT SK Lekir telah mengadakan satu Kursus Pembinaan Blog untuk guru-guru dan staf SK Lekir dan saya sebagai Guru Penyelaras Bestari telah menjadi penceramah dalam kursus tersebut di bantu oleh Cik Haryani binti Hanafi. Seronok melihat guru-guru yang telah melibatkan diri secara aktif dalam kursus tersebut. Semoga apa yang telah disampaikan oleh saya itu boleh dijadikan sebagai satu ilmu bagi guru-guru untuk dijadikan sebagai satu bahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Terima kasih kepada mereka yang telah dapat menghadirkan diri dalam kursus ini. 






ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM