I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Tuesday, March 30, 2010

MEREKA TIDAK BERDOSA...


Mereka tidak berdosa, mereka tidak bersalah tetapi kenapa mereka menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut? Itulah persoalan yang menjadi mainan difikiran kita tatkala bercerita mengenai kes penderaan dan penganiayaan bayi serta kanak-kanak yang semakin menjadi buat masa ini.
Bercerita mengenai kes-kes pembuangan dan penderaan bayi, semua pihak tentunya bersimpati dengan kejadian seperti itu, malah pastinya menitiskan air mata. Apabila melihat wajah anak-anakku yang comel, terasa amat sedih mengenangkan kejadian tersebut, tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut berlaku sehingga ada di antara mereka neninggal dunia dalam keadaan tragis. Tersentuh hati ini setiap kali membaca akhbar, mendengar dan melihat di televisyen kisah anak kecil tidak berdosa itu dibuang dan dibakar dalam tong secara kejam malah ada pula sebelah tangan telah digonggong oleh seekor anjing. Ada juga individu yang tergamak mendera kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menemui ajal. Saya berharap sangat mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu insaflah dengan kekejaman sendiri.
Apabila pulang ke kampung atau pergi ke Taman Monyet di Lumut, kita akan melihat monyet berkeliaran dan ada di antara haiwan itu tidak akan melepaskan anak mereka di badan. Tetapi sayang sekali manusia tergamak bertindak kejam terhadap anak sendiri. Hati saya tersentuh melihat monyet bergurau-gurauan dengan anak mereka. Apabila ingin memanjat pokok, anak-anak monyet ini akan memeluk erat ibu masing-masing. Begitu mulia kehidupan haiwan yang mempunyai kasih dan sayang kepada zuriatnya tetapi sayang sekali perasaan itu tiada pada segelintir manusia.
Oleh itu, jika ada di antara wanita atau gadis di luar sana yang sedang mengandungkan anak tanpa bapa, janganlah bertindak diluar kewarasan. Janganlah sesekali menyiksa anak-anak itu kerana mereka tidak bersalah. Mereka tidak sewajarnya dibenci kerana bukan mereka yang membuat kesalahan itu tetapi ibunya yang bersalah. Perlu diingat bayi dan kanak-kanak kecil ini akan menunggu ibu mereka di pintu syurga. Dan mereka yang melakukan kesalahan dan kesilapan pula hendaklah bertaubat serta ingatlah Allah itu maha penyayang dan pengampun.

No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM