I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Monday, July 30, 2012

KHASIAT KURMA

Khasiat Buah Kurma
.Menguatkan daya ingatan.
.Mencegah penyakit barah.
.Menambah tenaga seksual.
.Mengatasi masalah insomnia.
.Melancarkan peredaran darah.
.Membunuh kuman dalam badan.
.Meredakan tekanan darah tinggi.
.Membantu mencergaskan minda.
.Merawat penyakit buah pinggang.
.Merangsang dan memudahkan kehamilan.
.Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
.Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.

Kurma ini juga bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.


Buah kurma ini penuh dengan khasiat.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain.Buat kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.

Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti berkesan dalam memanaskan tubuh, mencegah penyakit barah kerana kandungan seleniumnya, melancarkan peredaran darah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan hati.Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohiderat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera.Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. 

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM