PELAWAT
Get a free hit counter . |
Sunday, August 5, 2012
NUZUL AL-QURAN-PERISTIWA PENUH IKTIBAR
ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran.
Selain
al-Quran, Allah menurunkan beberapa kitab suci lain pada bulan mulia
ini seperti suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat
hari keenam dan Injil pada hari ketiga Ramadan.
Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada bulan Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini.
Sesungguhnya, penurunan (nuzul) al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini.
Justeru, setiap umat Islam seharusnya mengingati dan merenungi peristiwa nuzul al-Quran ini kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.
Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah.
Sebelum al-Quran diturunkan manusia hidup dalam kesesatan bertuhankan hawa nafsu dan menyekutukan Allah. Selepas al-Quran diturunkan, kesesatan disinari kebenaran dan hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada hidup bertuhankan Allah.
Dalam erti kata lain, penurunan al-Quran membawa rahmat perubahan kepada kehidupan dan ketamadunan manusia.
Firman Allah bermaksud,
Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil). (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Berdasarkan ayat di atas, wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung mengangkat martabat Baginda sebagai rasul Allah dan menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Petunjuk (al-Quran) dibawa Baginda SAW ini membawa perubahan besar kepada kehidupan umat manusia, khususnya masyarakat Arab jahiliah dan perubahan itu mencakupi pelbagai bidang dan aspek:
Aspek keagamaan. Bangsa Arab Jahiliah menyembah patung dan batu berhala serta menyembelih binatang ternakan di hadapan patung itu sebagai korban untuk memuliakannya.
Apabila datang agama Islam (al-Quran) membawa petunjuk dan pedoman daripada Allah, maka kehidupan jahiliah terus lenyap kerana al-Quran mengatur kehidupan seperti percaya kepada keesaan Allah, hari akhirat, syurga, neraka, mengenai ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji.
Jelaslah, ajaran al-Quran melarang keras amalan penyembahan patung, berhala, matahari, bulan atau makhluk lain selain Allah. Sebaliknya mereka diajar bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah.
Aspek kemasyarakatan. Bangsa Arab sebelum Islam tidak berdisiplin dan tidak taat kepada pemimpin tetapi diturunkan al-Quran, keadaan itu berubah. Islam menyedarkan mereka erti dan pentingnya disiplin serta ketaatan dalam kehidupan.
Bagi membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah mengenai kriteria antara akhlak terpuji dengan akhlak tercela.
Selain itu banyak lagi dasar umum masyarakat dibawa oleh Islam seperti hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan masyarakat, antara suatu kelompok masyarakat dengan kelompok lainnya, undang-undang kekeluargaan sehinggalah kepada soal kenegaraan.
Islamlah juga yang mula mengangkat kedudukan kaum wanita dengan memberikan hak kepada mereka sesuai dengan kewanitaannya. Di samping itu, Islam menegakkan pula ajaran persamaan antara manusia dan membanteras perhambaan.
Aspek siasah (politik). Bangsa Arab sebelum Islam berada dalam keadaan berpecah-belah, ‘asabiyyah (kesukuan), berpuak dan kabilah yang sempit. Yang wujud ketika itu kaum Arab, Parsi, Tauran dan kaum lain.
Keadaan itu berubah apabila turunnya al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disaran supaya bersatu membentuk satu ummah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.†(Surah al-Anbiya’, ayat 92).
Begitulah Islam berjaya mengatasi sikap taksub bangsa dan warna kulit, malah menyeru semua bangsa supaya bersatu menjadi satu ummah bersaudara dan tidak lagi mengenal kelebihan kecuali berdasarkan kekuatan iman serta takwa kepada Allah.
Aspek ekonomi. Al-Quran memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan perkara yang boleh dimiliki oleh individu dan dilarang.
Peraturan yang terdapat dalam al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan mengenai jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.
Berdasarkan penjelasan di atas, penurunan al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Penurunannya telah membawa perubahan besar kepada alam ini dan berperanan mengubah kehidupan umat manusia pada masa lampau, kini dan hadapan.
Jelaslah, melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan teratur dengan berpandukan petunjuk serta pedoman yang diwahyukan Allah.

Sumber: http://www.masjidnegara.gov.my
KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN ILMU
Erti hadis: Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi SAW bersabda;
“Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah
mengenai Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan
dosa.” (Riwayat
al-Bukhari)
Keterangan hadis:
- ‘Ayat’ disini bermaksud nasihat atau pedoman yang membezakan perkara yang baik dan buruk.
- Nabi SAW telah menegah daripada menceritakan tentang Bani
Israil ketika hukum-hakam Islam dan tapak agama belum kukuh, kerana
dikhuatiri fitnah. Apabila tiada lagi perkara yang perlu dikhuatirkan
maka diizinkan agar boleh diambil iktibar.
(Fath al-Bari)
Jelas sudah seperti yang dinyatakan di dalam hadis diatas bahawa
semua orang mempunyai kewajipan untuk menyampaikan ilmu. Dan ilmu yang
perlu disampaikan adalah ilmu yang baik-baik.seseorang tidak seharusnya
menyampaikan ilmu yang tidak bermanfaat seperti cara memecah masuk rumah
orang lain, atau cara menipu dan sebagainya. Malah adalah tidak elok
untuk mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara tersebut. Namun
kiranya seseorang mempunyai pengetahuan sebegitu, ia adalah suatu
perkara yang tidak patut diamalkan.
Arahan daripada Nabi SAW tidak boleh diambil ringan. Sekiranya ayat
daripada Rasulullah diabaikan maka ramailah umat pada zaman selepas
Baginda tidak akan mengetahui banyak perkara. Tetapi alhamdulillah, umat
pada masa kini masih mampu mendengar hadis-hadis daripada Baginda SAW
yang diriwayatkan oleh para sahabat. Oleh itu, ianya perlu terus
disampaikan generasi ke generasi agar tidak akan luput.
Cara menyampaikan sesuatu perkara yang baik ada pelbagai. Kita boleh
menyampaikan ilmu secara terus seperti guru disekolah yang secara
langsung berhadapan dengan murid atau pelajar. Mahupun kita boleh
menyampaikan melalui penulisan seperti buku-buku atau kitab-kitab.
Penulisan yang dihasilkan akan dibaca oleh sesiapa juga. Hanya si
pembaca yang dapat menentukan faedah yang didapati daripada penulisan
itu mengikut keikhlasan hatinya.
Selain daripada itu, Nabi SAW juga mengarahkan diceritakan mengenai
Bani Israil agar dapat dijadikan iktibar. Sedangkan sebelumnya Baginda
melarang perbuatan tersebut kerana bimbang menjadi fitnah disebabkan
kurangnya kekukuhan tapak agama Islam pada masa tersebut. Jika
diterjemahkan ke masa moden, kita memahaminya sebagai kita adalah
dibenarkan menceritakan keburukan orang lain, dan seterusnya ini boleh
menjadi mengumpat. Haruslah difahami perkara yang dibenarkan Baginda
adalah supaya dapat menjadi iktibar kepada semua. Kita sebagai umat
Islam mahupun sesiapa juga tidak sepatutnya menceritakan keburukan orang
lain. Allah amat melarang umatnya menceritakan aib diri sendiri apatah
lagi orang lain.
Bersinambungan dengan hal yang berkenaan, kita janganlah menyempitkan
pemikiran dan menganggap bahawa tugas menyampaikan ilmu hanyalah pada
ulama, guru, dan yang berkaitan. Hakikatnya semua orang memikul
tanggungjawab tersebut. Tiada lagi istilah saya tidak layak memberi
nasihat. Walhal, seorang anak kecil pun layak memberi nasihat kepada
yang dewasa. Malahan, nasihat yang diberikan oleh seseorang yang tidak
waras juga tidak boleh diambil ringan sekiranya apa yang disampaikan itu
adalah perkara benar dan betul.
Seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut:
Erti hadis:
Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi SAW bersabda: “Allah menyerikan
orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya
sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu
membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami.
Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya tidak
memahaminya.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Kata ‘menyerikan’ dalam hadis diatas bermaksud mengelokkan akhlak dan
meninggikan darjat. Subhanallah! Sungguh beruntung mereka. Allah akan
mengangkat darjat mereka yang menyampaikan ilmu Allah. Sesungguhnya ilmu
yang disampaikan tidak akan berkurang melainkan pemahaman ke atasnya
akan semakin meningkat. Hadis ini juga menunjukkan wajibnya menuntut
ilmu (tafaqquh), bersungguh-sungguh mengkaji makna hadis dan merumuskan
perkara yang tersingkap di sebalik suatu hadis.
Jangan kita takut kita tidak pandai untuk menyampaikan kerana kurang
kefahaman. Kemungkinan orang yang disampaikan itu akan lebih memahami
sesuatu perkara berbanding mereka yang menyampaikan seperti yang
diperjelas dalam hadis ini. Jadi kesimpulannya, marilah kita sama-sama
mewujudkan generasi berilmu, dan tidak kedekut ilmu, semoga Allah
memberkati kita semua.
Wallahualam.
Thursday, August 2, 2012
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2012
SILA KLIK KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2012
untuk melihat soalan tersebut dan anda boleh download soalan-soalan tersebut secara percuma.
Monday, July 30, 2012
KHASIAT KURMA
Khasiat Buah Kurma
.Menguatkan daya ingatan.
.Mencegah penyakit barah.
.Menambah tenaga seksual.
.Mengatasi masalah insomnia.
.Melancarkan peredaran darah.
.Membunuh kuman dalam badan.
.Meredakan tekanan darah tinggi.
.Membantu mencergaskan minda.
.Merawat penyakit buah pinggang.
.Merangsang dan memudahkan kehamilan.
.Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
.Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.

Kurma
ini juga bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Di dalam Al Quran ada
dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan
bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia
mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah
memerintahkan Maryam memakan kurma.
Buah kurma ini penuh dengan khasiat.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.
Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain.Buat kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.
Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti berkesan dalam memanaskan tubuh, mencegah penyakit barah kerana kandungan seleniumnya, melancarkan peredaran darah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan hati.Gula
dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke
darah dalam badan. Karbohiderat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa
dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera.Kurma sejenis buah
yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A
dan C dan juga niasin.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera
L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang
kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan
zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma
mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan
tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil.
Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel
darah putih secara berlebihan.
Selain daripada
gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.Jus
kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk
mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk
jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma
bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus
menghentikan batuk.Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai
khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam
Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
Selama Ramadhan, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias. Rasulullah Saw. bersabda:”… Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” [HR. Baihaqi]. Itulah aspek menarik keajaiban bulan Ramadhan yang tak banyak orang tahu.
1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2. Ramadhan bulan mujahadah
Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.
5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.
6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.
8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).
12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).
13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).
14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).
Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.
16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)
21. Doa mustajab di bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)
22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).
23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)
24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.
25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.
26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).
27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.
28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.
29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).
Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.
Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.
30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.
DUIT RAYA VERSI BARU
Agak-agak berapa banyak duit raya nak beri kepada anak-anak, anak-anak saudara, ibu bapa dan juga kepada mereka yang kita rasa nak beri...
Friday, April 27, 2012
MENGHARGAI IBU BAPA
Menghargai
memberi maksud menghormati atau memuliakan seseorang. Malah kita cuba
mencontohi perilaku baiknya dan sentiasa ingat akan pengorbanan
seseorang serta berniat untuk membalasnya. Menghargai bukanlah sesuatu
yang boleh nampak tetapi sesuatu yang lahir dari hati mereka dan
terpancar melalui tingkah laku kita. Jadi marilah kita menghargai kedua
ibu bapa kita. Caranya ialah dengan:
TERIMA KASIH
Sentiasa
ucapkan terima kasih kepada ibu bapa. Pasti mereka gembira apabila
menerima ucapan tersebut dan akan rasa lebih dihargai.
BERI HADIAH
Meskipun
mereka tidak mengharapkan hadiah, tetapi apa salahnya kalau kita
berikan sahaja. Ia untuk membuktikan betapa kita menghargai mereka.
MANISKAN MUKA
Sentiasa
bermanis muka di hadapan ibu bapa walaupun ketika itu mood kita tidak
elok. Ini bukan sahaja kita mendapat pahala kerana menjaga hati mereka
malah ini membuktikan kita mampu menjadi yang terbaik kepada mereka.
MEMBANTU
Tidak
kira berat ataupun tidak, bantulah ringankan beban mereka. Meskipun
hanya membantu memotong sayur itu sudah memadai. Janganlah hanya
mengharapkan ibu melakukan semua kerja dirumah.
DENGAR NASIHAT
Mendengar
nasihat dan perintah ibu bapa selagi ianya tidak melanggar syariat
agama. Justeru, turutilah perintahnya dengan hati yang terbuka. Lagipun
nasihat mereka sebenarnya hendak menjadikan kita insan yang berguna.
JAGA HATI
Allah
SWT berfirman dalam surah al-isra' ayat 23-24 supaya kita menjaga hati
dan perasaan ibu bapa. Malah Allah melarang kita dari berkata eh kepada
mereka. Justeru, kita sebagai anak hendaklah sentiasa menjaga dan
mengelak dari melakukan perbuatan yang menyakiti hati mereka.
JAUHI DERHAKA
Derhaka bererti kita sudah hilang rasa hormat kepada kedua orang tua kita. Derhaka menandakan kita juga tidak patuh arahan Allah SWT. Tempat orang derhaka adalah api neraka.
Monday, April 16, 2012
KURSUS PEMBINAAN BLOG
Unit ICT SK Lekir telah mengadakan satu Kursus Pembinaan Blog untuk guru-guru dan staf SK Lekir dan saya sebagai Guru Penyelaras Bestari telah menjadi penceramah dalam kursus tersebut di bantu oleh Cik Haryani binti Hanafi. Seronok melihat guru-guru yang telah melibatkan diri secara aktif dalam kursus tersebut. Semoga apa yang telah disampaikan oleh saya itu boleh dijadikan sebagai satu ilmu bagi guru-guru untuk dijadikan sebagai satu bahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Terima kasih kepada mereka yang telah dapat menghadirkan diri dalam kursus ini.
Saturday, February 4, 2012
Sehalus jalinan tenunan, seindah karya dihasilkan. Tiadanya persefahaman antara tenunan dan penenun, maka pincanglah karya yang dihasilkan. Ibarat persefahaman yang menjadi asas perpaduan ummah, ajaran agung Nabi junjungan kita, Rasulullah SAW.
SELAMAT MENYAMBUT
MAULIDUR RASUL 1433H
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
IKTIBAR DARIPADA MAULIDUR RASUL
Sambutan Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja. Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk. Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.
Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.
Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.
Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran bermaksud: Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (Al-Ahzab :21)
Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi yang luhur dan murni yang sentiasa mengajak manusia melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah. Nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain. Kepimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.
Sejak kecil Rasulullah telah diuji di mana seorang demi seorang mereka yang menjadi tempat baginda bergantung dan mengharap kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq.
Ia dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya Aminah lagi. Ia diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu. Selepas itu datuknya, Abdul Mutalib pula pergi menemui Ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Semua ujian itu telah mematangkan baginda. Ia juga menunjukkan bahawa usaha berdakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan di samping di uji dengan pelbagai cabaran. Ujian tersebut juga bertujuan menjauhkan Rasulullah daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang baginda sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang diperolehi daripada ibu bapa dan datuknya. Sebaliknya ia adalah wahyu ilahi.
Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi dan rasul untuk berdikari. Seterusnya melahirkan dalam diri baginda sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu. Perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci.
Begitu juga ketika nabi SAW beruzlah di gua Hira', ia merupakan satu proses tarbiah pada diri baginda dengan bertafakur dan merenung kebesaran serta keagungan Allah SWT jauh daripada kezaliman dan kebobrokan hidup masyarakat jahiliah yang dipenuhi dengan dosa dan noda.
Ringkasnya, nabi SAW mendapat tarbiah secara langsung daripada Allah untuk menjadi pemimpin ikutan ummah dalam segenap kehidupan.
Secara sedar atau tidak, disebalik kehangatan sambutan maulidur rasul, ramai yang masih gagal menghayati dan mengamalkan sunah nabi yang merupakan suatu kemestian bagi setiap individu Muslim. Saban tahun Maulidur Rasul disambut, tetapi pegangan agama tetap longgar. Bahkan ada antara pemuda dan pemudi siangnya menyambut Maulud, pada malamnya pula disusuli dengan hiburan yang melampau dan melalaikan. Ini bukan bermakna sambutan Maulidur Rasul yang diadakan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Tetapi anjakan paradigma perlu wujud agar umat Islam tidak sekadar beretorik dengan memuji dan berselawat kepada Rasulullah. Apa yang lebih penting daripada itu adalah kehidupan nabi diamalkan dalam kehidupan harian umat Islam hari ini.
Apatah lagi apabila kita melihat dunia Islam pada hari ini semakin gawat dengan pelbagai masalah. Justeru, usaha yang bersungguh-sungguh perlu digembleng agar dapat mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam. Cara terbaik untuk merealisasikan perkara ini ialah dengan mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita. Baginda merupakan contoh terbaik yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh di sepanjang zaman.

Subscribe to:
Posts (Atom)