PELAWAT
| Get a free hit counter . |
Tuesday, March 30, 2010
MEREKA TIDAK BERDOSA...
Bercerita mengenai kes-kes pembuangan dan penderaan bayi, semua pihak tentunya bersimpati dengan kejadian seperti itu, malah pastinya menitiskan air mata. Apabila melihat wajah anak-anakku yang comel, terasa amat sedih mengenangkan kejadian tersebut, tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut berlaku sehingga ada di antara mereka neninggal dunia dalam keadaan tragis. Tersentuh hati ini setiap kali membaca akhbar, mendengar dan melihat di televisyen kisah anak kecil tidak berdosa itu dibuang dan dibakar dalam tong secara kejam malah ada pula sebelah tangan telah digonggong oleh seekor anjing. Ada juga individu yang tergamak mendera kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menemui ajal. Saya berharap sangat mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu insaflah dengan kekejaman sendiri.
Apabila pulang ke kampung atau pergi ke Taman Monyet di Lumut, kita akan melihat monyet berkeliaran dan ada di antara haiwan itu tidak akan melepaskan anak mereka di badan. Tetapi sayang sekali manusia tergamak bertindak kejam terhadap anak sendiri. Hati saya tersentuh melihat monyet bergurau-gurauan dengan anak mereka. Apabila ingin memanjat pokok, anak-anak monyet ini akan memeluk erat ibu masing-masing. Begitu mulia kehidupan haiwan yang mempunyai kasih dan sayang kepada zuriatnya tetapi sayang sekali perasaan itu tiada pada segelintir manusia.
Oleh itu, jika ada di antara wanita atau gadis di luar sana yang sedang mengandungkan anak tanpa bapa, janganlah bertindak diluar kewarasan. Janganlah sesekali menyiksa anak-anak itu kerana mereka tidak bersalah. Mereka tidak sewajarnya dibenci kerana bukan mereka yang membuat kesalahan itu tetapi ibunya yang bersalah. Perlu diingat bayi dan kanak-kanak kecil ini akan menunggu ibu mereka di pintu syurga. Dan mereka yang melakukan kesalahan dan kesilapan pula hendaklah bertaubat serta ingatlah Allah itu maha penyayang dan pengampun.
Thursday, March 25, 2010
KENANGAN BERSAMA BEKAS ANAK MURID..
Thursday, March 11, 2010
SUKAN SEKOLAH KU...
Murid-murid sedang membuat raptai perbarisan. Raptai perbarisan telah dibuat selama 3 hari bermula pada hari Selasa dan berakhir pagi tadi. Kasihan mereka terpaksa berdiri dalam panas tapi nak buat macam mana kan...Namun begitu mereka ini sebenarnya suka dan tidak kisah dengan cuaca panas ni tapi tak tahulah petang ini dah tentu cuaca panas terik.
Inilah kanak-kanak comel yang akan membuat persembahan tarian di hadapan En. Mohd Sharif bin Mohammad, Penolong PPD Bahagian Sekolah Rendah yang akan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan. Mereka ini telah dilatih oleh seorang guru yang berkaliber dalam bahagian persembahan iaitu Pn. Salawati Hasan.
Ini pula ialah pertandingan separuh akhir tarik tali yang telah dijalankan pada hari semalam, Selasa di padang SK Lekir. Cikgu Azwa begitu bersemangat memberi semangat kepada pasukannya iaitu pasukan biru. Tapi apa boleh buat pasukan biru telah kecundang kepada pasukan kuning. Ini membuktikan bahawa berbadan besar tidak semestinya kuat...hehehe
Dalam pada itu, sempat juga kami berposing. Maklumlah bila lagi nak bergambar dengan kawan-kawan. Inilah masanya. Yang pakai tudung pink ni masih bujang lagi tetapi sudah tidak boleh dikacau lagi kerana bakal berpunya pada 20 Mac ini. Selamat Bertunang kepada Cik Nor Fadzilah Zainudin.
SEMASA KEJOHANAN BERLANGSUNG
Thursday, February 25, 2010
Monday, February 22, 2010
MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannyaFriday, February 19, 2010
JAGA BUDI BAHASA KITA
Namun begitu, mengapa sekarang ini kita dapati terdapat segelintir manusia hilang budi bahasanya? Ini adalah kerana disebabkan oleh;
a. tekanan hidup sehingga menyebabkan hilang pegangan.
b. terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam ketimuran yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang.
c. pengaruh media massa seperti televisyen, internet, VCD, DVD dan juga bahan-bahan bacaan yang tidak mendidik masyarakat.


