I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Saturday, February 4, 2012

IKTIBAR DARIPADA MAULIDUR RASUL

       Sambutan Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja. Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk. Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.
       Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.
       Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.
       Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran bermaksud: Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (Al-Ahzab :21)
       Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi yang luhur dan murni yang sentiasa mengajak manusia melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah. Nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain. Kepimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.
       Sejak kecil Rasulullah telah diuji di mana seorang demi seorang mereka yang menjadi tempat baginda bergantung dan mengharap kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq.
       Ia dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya Aminah lagi. Ia diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu. Selepas itu datuknya, Abdul Mutalib pula pergi menemui Ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Talib.   
       Semua ujian itu telah mematangkan baginda. Ia juga menunjukkan bahawa usaha berdakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan di samping di uji dengan pelbagai cabaran. Ujian tersebut juga bertujuan menjauhkan Rasulullah daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang baginda sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang diperolehi daripada ibu bapa dan datuknya. Sebaliknya ia adalah wahyu ilahi.
       Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi dan rasul untuk berdikari. Seterusnya melahirkan dalam diri baginda sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu. Perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci.
       Begitu juga ketika nabi SAW beruzlah di gua Hira', ia merupakan satu proses tarbiah pada diri baginda dengan bertafakur dan merenung kebesaran serta keagungan Allah SWT jauh daripada kezaliman dan kebobrokan hidup masyarakat jahiliah yang dipenuhi dengan dosa dan noda.
       Ringkasnya, nabi SAW mendapat tarbiah secara langsung daripada Allah untuk menjadi pemimpin ikutan ummah dalam segenap kehidupan.
       Secara sedar atau tidak, disebalik kehangatan sambutan maulidur rasul, ramai yang masih gagal menghayati dan mengamalkan sunah nabi yang merupakan suatu kemestian bagi setiap individu Muslim. Saban tahun Maulidur Rasul disambut, tetapi pegangan agama tetap longgar. Bahkan ada antara pemuda dan pemudi siangnya menyambut Maulud, pada malamnya pula disusuli dengan hiburan yang melampau dan melalaikan. Ini bukan bermakna sambutan Maulidur Rasul yang diadakan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Tetapi anjakan paradigma perlu wujud agar umat Islam tidak sekadar beretorik dengan memuji dan berselawat kepada Rasulullah. Apa yang lebih penting daripada itu adalah kehidupan nabi diamalkan dalam kehidupan harian umat Islam hari ini.
       Apatah lagi apabila kita melihat dunia Islam pada hari ini semakin gawat dengan pelbagai masalah. Justeru, usaha yang bersungguh-sungguh perlu digembleng agar dapat mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam. Cara terbaik untuk merealisasikan perkara ini ialah dengan mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita. Baginda merupakan contoh terbaik yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh di sepanjang zaman.      


Friday, August 12, 2011

MENGGAMIT MEMORI PERJUANGAN


Perjuangan menentang penjajah dan keinginan membebaskan diri daripada cengkaman kolonial telah berlaku seawal pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Penentangan-penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang yang bergerak secara bersendirian mengikut negeri dan kepentingan masing-masing sehingga menyebabkan setiap kemaraan mereka berjaya dipatahkan oleh pihak Inggeris. Namun perubahan masa telah menyaksikan bahawa perjuangan menentang pihak penjajah beransur-ansur berkembang secara menyeluruh di seluruh Tanah Melayu ekoran wujudnya medium media seperti akhbar dan majalah. Akhirnya perjuangan yang bersifat setempat telah bergerak secara berkumpulan seterusnya melalui parti politik bagi membolehkan negara yang telah lama dijajah oleh pelbagai kuasa bebas bergerak sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

ERA KEBANGKITAN (1831-1915)
Bagi perjuangan yang berlaku dalam abad ke 19 dan awal abad ke 20 (1831-1915), kebanyakan motif pemberontakan terhadap kuasa penjajah adalah campur tangan Inggeris dalam semua urusan negeri melalui pengenalan Sistem Residen. Sistem ini menyebabkan pembesar tempatan dan juga sultan telah hilang kuasa tradisi mereka. Antara tokoh-tokoh pejuang yang bangun menentang penjajah adalah Dol Said di Naning, Dato' Shahbandar dan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembilan, Raja Mahadi di Selangor, Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Pandak Induk/Lam, dan Seputum di Perak, Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat kilau di Pahang, dan Tok Janggut di Kelantan.

Di Terengganu pula Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh Al-Aidrus telah bangun menentang Inggeris manakala di Sarawak pula ramai pejuang bangsa muncul mengikut suku kaum seperti Rentap (Dayak Laut), Sharif Masahor, Abdul Gapur, Banting (Iban), dan Asun (Dayak). Pejuang-pejuang ini memberontak untuk menjaga kepentingan dan memelihara kehidupan tradisi kaum masing-masing. Situasi yang sama berlaku di Sabah apabila muncul Mat Salleh (Bajau) dan Antanum (Murut) yang telah memberontak pada Februari 1915. Perjuangan tokoh-tokoh di peringkat ini belum bermatlamatkan kemerdekaan tetapi bersifat setempat dan berjuang untuk kepentingan peribadi masing-masing seperti hak kutipan cukai dan hak mempunyai hamba sehingga menyebabkan setiap perjuangan mereka berjaya dipatahkan oleh Inggeris.

ERA PRA KEMERDEKAAN (1906-1938)
Dalam Era seterusnya (1906-1938) wujud faktor-faktor lain yang menyebabkan berlaku penentangan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Penentangan-penentangan ini boleh dibahagi mengikut tahap-tahap tertentu seperti tahap keagamaan, tahap sosiekonomi dan tahap politik. Dalam era ini perjuangan mula dipelopori oleh golongan yang berpendidikan keagamaan, Inggeris dan juga Melayu (Institut Perguruan Sultan Idris). Golongan berpendidikan ini menyebabkan perjuangan pada masa itu mula menunjukkan bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Golongan berpendidikan ini mula sedar bahawa pendudukan Inggeris di Tanah Melayu merugikan penduduk tempatan dengan segala macam campur tangan Inggeris termasuk dalam soal sosial, ekonomi dan politik.

Antara tokoh yang hebat berjuang ialah Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi yang berjuang melalui Kaum Muda. Mereka menggunakan medium majalah dan akhbar seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk menyebarkan ideologi mereka dan juga menyalurkan kritikan mereka kepada kerajaan Inggeris. Pejuang-pejuang ini memperjuangkan konsep Pan-Islam iaitu membebaskan Islan daripada fahaman kuno. Bagi golongan yang berpendidikan Maktab Perguruan Sultan Idris dan golongan elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris pula, mereka berjuang untuk memulihkan sosioekonomi orang Melayu. Antara tokoh yang terlibat ialah Mohammad Eunos Abdullah, Syed Alwi, S.M Zainal Abidin dan Sheikh Abdullah Al-Maghribi. Ibrahim Hj. Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad pula memperjuangkan konsep "Tanah Melayu Untuk Orang Melayu". Antara persatuan Melayu yang kuat berjuang ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1938. Akhbar Warta Malaya dan Majlis merupakan wadah mereka menyebarkan idea perjuangan.

Monday, August 8, 2011

LIMA KEISTIMEWAAN RAMADHAN

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Umatku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah swt.

2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa.

3. Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : 'Hampir-hampir hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali mu'.(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup didunia dan akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selainnya.

5. Mereka akan dapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).

Friday, July 29, 2011


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dipanjangkan umur lagi untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Seperti yang kita tahu, puasa dari segi syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa seperti makan, minum, dan sebagainya dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari yang disertai niat ibadah kepada Allah. Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan kerana pada bulan inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Sama ada kita sedar atau pun tidak, puasa dapat menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah merasai kesusahan. Ya, rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ada yang kaya-raya dan ada yang papa kedana. Ada yang makan 3-4 kali sehari dan ada yang hanya mampu menjamah nasi sekali sehari. Jadi, dengan berpuasa inilah kita berpeluang untuk sama-sama merasai kesusahan dan kepayahan orang-orang yang tidak senasib dengan kita di luar sana.

Jadi di kesempatan ini, saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada saya.

Tuesday, July 19, 2011

TIPS UNTUK CEMERLANG

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
KITA INGAT 10% APA YANG DIBACA
KITA INGAT 20% APA YANG DIDENGAR
KITA INGAT 50% APA YANG DIDENGAR DAN DILIHAT
KITA INGAT 70% APA YANG DICAKAPKAN
KITA INGAT 90% SETELAH DIPRAKTIKKAN

Jika mahu anak menjadi Luar Biasa Hebat apa kata cuba ikuti panduan ini:
1.PASTIKAN ANAK belajar secara aktif dengan pen atau pensel ditangan.

2.PASTIKAN ANAK belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari atau 20 jam seminggu(tidak termasuk kerja rumah)

3.PASTIKAN ANAK belajar dalam persekitaran kondusif
a.pastikan cahaya adalah terang
b.kurangkan gangguan bunyi
c.tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d.tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e.kerusi dan meja menghadap kiblat
f.jangan lupa untuk senyum

4.PASTIKAN ANAK tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

5.PASTIKAN ANAK mengulangkaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.

6.PASTIKAN ANAK tahu teknik merangsang memori:
a.memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b.menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c.mengingat kembali (recall)
d.menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

7.PASTIKAN ANAK sentiasa awal dan mendahului
a.persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b.murid yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
c.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

8.PASTIKAN ANAK untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar walaupun tak faham. Sekurang-kurangnya anak tahu tajuk tersebut dia tak faham.

9.PASTIKAN ANAK berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormat dan sayangi guru. Berdasarkan pemerhatian, murid yang cemerlang akan bersalam dengan guru sebelum pulang manakala murid yang lemah biasanya akan terus meluru keluar kelas. Perkara ini nampak remeh tapi impaknya tersangatlah besar.

10.PASTIKAN ANAK mempunyai teknik membaca yang betul.
a.duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
b.memberikan tumpuan sepenuhnya
c.menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d.menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11.PASTIKAN ANAK sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.Antara yang boleh ibu bapa lakukan adalah sekali sekala cuba duduk didepan anak dan tanya apa yang dia telah baca dan minta dia ulang atau terangkan.

12.PASTIKAN ANAK membaca doa penerang hati setiap kali selepas solat, sebelummengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.

13.PASTIKAN ANAK tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. Jika nampak anak terlalu letih tak perlulah memaksa atau menyindirnya pula.

14.PASTIKAN ANAK belajar mengikut waktu yang sesuai dengan dirinya.(study according to your biologicl clock)

SEMOGA INFO SEBEGINI BERMANFAAT KEPADA ANDA SEMUA........


Tuesday, July 12, 2011

SPELLING BEE

9 Julai 2011 - Telah membawa anak-anakku ke Pertandingan "Spelling Bee" peringkat markas MPL Pangkalan TLDM anjuran BAKAT. Pertandingan tersebut adalah khusus untuk anak-anak tentera yang masih bersekolah. Terdapat 4 kategori dalam pertandingan itu iaitu Kategori A (7 -9 tahun), Kategori B (10-12 tahun), Kategori C (13-15 tahun) dan Kategori D (16-17 tahun). Kedua orang anakku telah bertanding kategori A dan B. Angah Nur Amalia Izzati telah mendapat tempat ke-3 manakala along Nur Aina Izzati ......................................bukan tak mendapat tempat tetapi masih lagi belum ada keberanian untuk memasuki pertandingan yang memerlukan bercakap. Pertandingan menulis ok je.............Erm kena memikirlah kami sebagai ibu bapa bagaimana nak menangani masalah anak yang sorang nie...........





ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM