I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Thursday, February 25, 2010

Monday, February 22, 2010

MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

Friday, February 19, 2010

JAGA BUDI BAHASA KITA

Pepatah Melayu ada menyebut, 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. Pepatah ini sangat sinonim dan sering digunakan dalam masyarakat kita. Sebenarnya, 'budi' dan 'bahasa' digandingkan bersama kerana 'budi' bermaksud tingkah laku atau perangai yang baik. 'Bahasa' pula bererti percakapan yang baik atau bersopan santun. Justeru, orang yang mempunyai kedua-dua sifat ini merupakan orang yang berakhlak mulia.

Namun begitu, mengapa sekarang ini kita dapati terdapat segelintir manusia hilang budi bahasanya? Ini adalah kerana disebabkan oleh;
a. tekanan hidup sehingga menyebabkan hilang pegangan.

b. terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam ketimuran yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang.

c. pengaruh media massa seperti televisyen, internet, VCD, DVD dan juga bahan-bahan bacaan yang tidak mendidik masyarakat.

Wednesday, February 17, 2010

MAULIDURRASUL

Pada 26 Februari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal merupakan hari keputeraan junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Sempena dengan sambutan Maulidurrasul yang akan kita sambut ini, diharap kita dapat mempertingkatkan amalan kita dan memperbanyakkan lagi selawat ke atas junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan kita pada Rasulullah. Memperingati kelahiran baginda akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat ke atas Nabi dan memuji baginda. Ini kerana ia merupakan satu perkara yang dituntut oleh Allah seperti mana firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu dan berilah salam ke atasnya." (al-Ahzab:56)

SALAM MAULIDURRASUL

Tuesday, February 9, 2010

NUR SARAH IZZATI


Assalamualaikum...

Rasanya dah berbulan tak mengemaskini blog nie...maklumlah cuti, cuti dapat baby lagi...tu yang lama...Baru sekarang ada kesempatan untuk menjenguk kembali blog nie semula. Itupun setelah mula bekerja..kalau di rumah sekarang dah sibuk dengan baby Sarah...










Permata Hatiku.....Nur Aina Izzati, Nur Amalia Izzati, Nur Arissa Izzati dan Nur Sarah Izzati..semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dunia dan akhirat...

Tuesday, November 17, 2009

MUTIARA KATA


ORANG YANG BEKERJA BERAT, BADANNYA AKAN KUAT, ORANG YANG BANYAK MENDERITA JIWANYA AKAN PERKASA. DAN ORANG YANG DITIMPA KESUSAHAN DIA AKAN INGAT KEPADA TUHAN.

Thursday, November 12, 2009

RAJIN-RAJINKANLAH DIRI BERIBADAH

Lihatlah wajah orang yang rajin beribadah, anda akan dapati ketenangan terserlah di situ. Nur seolah-olah terpancar dari matanya apabila dia merenung. Orang begini idea-ideanya sentiasa bernas, sentiasa benar dan sentiasa baharu. Masakan tidak, setiap yang mereka lahirkan adalah hidayah.

Seluruh hidup kita ini bergantung sepenuhnya kepada kuasa TUHAN. Soal tua, lemah, cerdas, cemerlang, pintar, sakit, dan lain-lain lagi itu semuanya terletak di tangan TUHAN. Nyatakanlah satu sahaja perkara yang tiada kaitannya dengan TUHAN. Anda tidak akan jumpa. Jadi, apakah anda rasa tidak terpanggil untuk menyatakan rasa kesyukuran anda?

Nur atau hidayah ini amat penting dalam hidup terutama bagi kita yang percaya kehidupan kita tidak berakhir setakat di sini. Ada satu lagi kehidupan yang jauh lebih penting iaitu di alam akhirat.

Mari kita tinjau keperluan-keperluan hidup yang boleh kita tamsilkan sebagai sebuah rumah. Pentingnya tanah sebelum keinginan membina rumah itu ditamsilkan sebagai "Keperluan Asasi", dimana setiap orang selagi bernama manusia pasti memerlukannya. Tanpa keperluan asasi, hidup tidak akan selesa dan sempurna. Bayangkan sahaja tanpa pekerjaan tetap, pendapatan yang menjamin, kenderaan yang baik dan keluarga yang menceriakan, hidup tidak akan bererti apa-apa. Keperluan asas memang kita perlukan apalagi kehidupan mutakhir ini amat bergantung kepada kebendaan. Hampir apa sahaja yang diperlukan dalam hidup memerlukan kebendaan untuk menggapainya malah dalam hendak beribadat kepada ALLAH sekalipun. Tanpa pakaian yang sempurna menutup aurat seseorang itu tidak dapat beribadat dan untuk mendapatkan pakaian yang sesuai itu dia perlu mempunyai sedikit harta.

Daripada sini, tiang mestilah didirikan terlebih dahulu. Rumah mustahil dapat dibina tanpa membina tiangnya. Tiang ini ditamsilkan sebagai "Ibadat" yang perlu kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Oleh kerana pentingnya sama seperti tiang pada sebuah bangunan, kehidupan seseorang Muslim itu memang tiada an apa-apa tanpa ibadah yang dilakukan secara istiqomah dan betul.

*sambung lagi nanti...............hehehe

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM