Menghargai
memberi maksud menghormati atau memuliakan seseorang. Malah kita cuba
mencontohi perilaku baiknya dan sentiasa ingat akan pengorbanan
seseorang serta berniat untuk membalasnya. Menghargai bukanlah sesuatu
yang boleh nampak tetapi sesuatu yang lahir dari hati mereka dan
terpancar melalui tingkah laku kita. Jadi marilah kita menghargai kedua
ibu bapa kita. Caranya ialah dengan:
TERIMA KASIH
Sentiasa
ucapkan terima kasih kepada ibu bapa. Pasti mereka gembira apabila
menerima ucapan tersebut dan akan rasa lebih dihargai.
BERI HADIAH
Meskipun
mereka tidak mengharapkan hadiah, tetapi apa salahnya kalau kita
berikan sahaja. Ia untuk membuktikan betapa kita menghargai mereka.
MANISKAN MUKA
Sentiasa
bermanis muka di hadapan ibu bapa walaupun ketika itu mood kita tidak
elok. Ini bukan sahaja kita mendapat pahala kerana menjaga hati mereka
malah ini membuktikan kita mampu menjadi yang terbaik kepada mereka.
MEMBANTU
Tidak
kira berat ataupun tidak, bantulah ringankan beban mereka. Meskipun
hanya membantu memotong sayur itu sudah memadai. Janganlah hanya
mengharapkan ibu melakukan semua kerja dirumah.
DENGAR NASIHAT
Mendengar
nasihat dan perintah ibu bapa selagi ianya tidak melanggar syariat
agama. Justeru, turutilah perintahnya dengan hati yang terbuka. Lagipun
nasihat mereka sebenarnya hendak menjadikan kita insan yang berguna.
JAGA HATI
Allah
SWT berfirman dalam surah al-isra' ayat 23-24 supaya kita menjaga hati
dan perasaan ibu bapa. Malah Allah melarang kita dari berkata eh kepada
mereka. Justeru, kita sebagai anak hendaklah sentiasa menjaga dan
mengelak dari melakukan perbuatan yang menyakiti hati mereka.
JAUHI DERHAKA
Derhaka bererti kita sudah hilang rasa hormat kepada kedua orang tua kita. Derhaka menandakan kita juga tidak patuh arahan Allah SWT. Tempat orang derhaka adalah api neraka.