1. PELIHARA MATA ANDA!
- Rehatkan mata selepas 30 minit memandang skrin komputer dengan mengalihkan pandangan ke luar rumah.
- Urut di bahagian lesung mata jika terasa letih.
- Hadkan penggunaan komputer.
- Bahagikan masa untuk belajar, makan, berehat dan riadah.
- Ulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
- Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
- Bersenamlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah dari jantung ke otak, dan oksigen ke seluruh badan.
- Bersenam meningkatkan kadar metabolisme dan mengelakkan kita daripada mengantuk dan keletihan.
- Selain kismis ada lebih 50 jenis makanan lain baik untuk pembinaan sel-sel otak. Antaranya madu dan ikan tuna yang membantu kita dalam proses menghafal, pengiraan, dan terpenting mencerdaskan otak.
- Elakkan makanan ringan dan makanan segera.
- Kurangkan memakan jeruk buah kerana makanan ini boleh melemahkan otak.